Jumaat, 4 Ogos 2017

Amalan selepas solat

http://musollaskkubang.blogspot.my/

*
Dari Tsauban, "Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." (HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidz, Nasa’i). Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah." (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Daud)

 Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ "astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat, Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

Daripada Abu Zar berkata: Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda, maksudnya, "Sesiapa yang membaca selepas solat Subuh, dalam keadaan kakinya masih seperti tasyahhud akhir, sebelum berkata-kata yang lain, sebanyak sepuluh kali : Laa ila ha ilallahu wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wayumithu wa hua 'ala kulli shyin qadir, ditulis baginya sepuluh kebaikan, dihapuskan daripadanya sepuluh kejahatan (dosa), diangkatkan baginya sepuluh darjat (kedudukan), dan dia pada hari itu terjaga daripada segala perkara yang dibenci, terbentang daripada syaitan, serta tidak ada suatu dosa yang dapat membinasakannya pada hari itu kecuali syirik (menyekutukan) Allah.” (Riwayat at-Tarmizi dengan sanad Hasan, Imam ath-Thobrani menyebutnya di dalam al-Aushot dan al-Kabir. Lihat juga Shahih at-Targhib wa at-Tarhib: 1/306)

Hadis daripada al-Harith bin Muslim daripada ayahnya berkata; Rasulullah Shallallahu 'alaihi Wasallam bersabda, “ Apabila kamu selesai menunaikan solat Subuh, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “ Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada hari itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka. Dan apabila kamu selesai menunaikan solat Magrib, maka bacalah sebelum kamu berkata-kata: “Allahumma ajirna min nar” tujuh kali, maka sekiranya kamu meninggal pada malam itu, Allah menulis bagimu perlindungan daripada api neraka.” (Riwayat Abu Daud dan an-Nasa’i)

Rabu, 2 Ogos 2017

Penilaian Imarah Musolla Oleh SPI JPNT

KUNJUGAN PENILAI JPNT..
UST AZAM BIN MOHAMAD
 PENOLONG PENGARAH PENGURUSAN KAWALAN AKIDAH & PEMIKIRAN ISLAM, 
SPI, JPNT
UST MOHD ZAIKI BIN MANSOR
PENYELIA KANAN PENGURUSAN PENGEMBANGAN SYIAR ISLAM, 
SPI,JPNT