Jumaat, 21 Ogos 2015

SOLAT SUNAT RAWATIB



 




































"Tidaklah seseorang mengerjakan solat kerana Allah dalam satu hari dua belas rakaat sebagai tathawwu’ dan bukan fardu, melainkan Allah akan membangunkan untuknya sebuah rumah di syurga". (HR.  Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 728)

"Sesiapa yang mengerjakan solat sunat sebanyak dua belas rakaat dalam sehari semalam kelak akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Kedua belas rakaat itu adalah empat rakaat sebelum solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Zuhur, dua rakaat setelah solat Maghrib, dua rakaat setelah solat Isyak dan dua rakaat sebelum solat Subuh". (HR. al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 380)


Imam Nawawi menjelaskan : Solat sunat yang paling afdal selepas sunat rawatib dan tarawih ialah solat dhuha, kemudian apa yang berkaitan dengan sesuatu perbuatan seperti dua rakaat tawaf jika kita tidak berpendapat mewajibkannya, dua rakaat ihram, tahiyyat masjid dan kemudian sunat wuduk. [al-Majmuk jil.4, hlm. 26]

Wallahu a'lam.

 


Rabu, 19 Ogos 2015

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHIWABARAKATUH

Jazakallahu Khairan Khathira diucapkan kepada Jawatankuasa Musolla Al-Hidayah dan warga SK Kuala Kubang atas sumbangan bakti yang diberikan dalam menjayakan "Imarah Musolla Al-Hidayah Bersama Komuniti".