ORGANISASI




SENARAI TUGAS JAWATANKUASA PENGURUSAN

MUSOLLA AL-HIDAYAH 2017

Pengerusi

  1. Menjadi penggerak utama kemajuan Musolla Al-Hidayah.
  2. Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan dan taklimat.
  3. Memberi nasihat, pandangan & idea kepada Jawatankuasa Musolla.

 

Timbalan Pengerusi

  1. Menjalankan tugas-tugas Pengerusi semasa ketiadaannya.
  2. Membantu Pengerusi dalam melaksanakan tugas-tugasnya.

 

Setiausaha Jawatankuasa Pengurusan

  1. Melantik jawatankuasa kecil dikalangan pelajar
  2. Menguruskan fail & dokumentasi.
  3. Menguruskan sumber pendapatan, sumbangan PIBG, derma orang ramai dan tabung derma surau.
  4. Menyediakan buku stok dan buku penggunaan Musolla.
  5. Menyediakan Peraturan Penggunaan Musolla.

 

Setiausaha Jawatankuasa Peralatan

  1. Memastikan musolla mempunyai kelengkapan dan peralatan serta sesuai digunakan
  2. Menyediakan buku stok peralatan dan kelengkapan.
  3. Menyediakan sebuah bilik khas / stor sebagai tempat menyimpan peralatan.
  4. Memastikan tempat mengambil wuduk berdekatan, mencukupi, bersesuaian dan berasingan di antara lelaki dan perempuan.
  5. Memastikan musolla dalam keadaan berkunci apabila tidak digunakan.
  6. Memastikan alatan eletrik dan suis berfungsi dengan baik serta selamat digunakan.

 

Setiausaha Jawatankuasa Program & Aktiviti

  1. Menyediakan perancangan aktiviti surau berdasarkan matlamat jangka panjang dan jangka pendek seiring dengan Takwim Tahunan SK Kuala Kubang.
  2. Perlaksanaan aktiviti dibahagikan kepada harian, mingguan, bulanan dan berkala.
  3. Mengadakan penilaian terhadap perancangan dan aktiviti yang dijalankan bagi mengenalpasti kejayaan dan kelemahan serta kaedah untuk mengatasinya.
  4. Semua aktiviti yang dilaksanakan didokumentasikan untuk tujuan pelaporan atau rekod perlaksanaan.
  5. Mewujudkan Mini Perpustakaan bagi kemudahan rujukan, simpanan bahan-bahan atau risalah agama.

 

Setiausaha Jawatankuasa Kebersihan & Keceriaan

  1. Melantik Jawatankuasa Kecil Kebersihan dan Keceriaan yang terdiri daripada pelajar.
  2. Memastikan keceriaan luaran bilik darjah / khas yang memperlihatkan identiti musolla.
  3. Memastikan kebersihan dalaman dan luaran musolla, tandas dan tempat wuduk.
  4. Membuat projek pembangunan landskap musolla.
  5. Memastikan sepatu, selipar, kasut dan beg diletak dan disusun ditempatnya.
  6. Memastikan susun atur Al-Quran, sejadah, telekung, kain sarung, buku-buku, rehal, perabut dan meja kuliah diletakkan di tempat yang sesuai dan kemas.
  7. Menyedia dan memastikan mural, frame, bunga, langsir, tirai sentiasa kemas dan teratur.
  8. Menyediakan label-label.
  9. Menyediakan peralatan pembersihan yang sesuai.
  10. Menyediakan jadual bertugas harian dan gotong-royong kebersihan serta keceriaan.

 








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan