*
Solat sunat dua rakaat sebelum solat fardhu Subuh dikenali sebagai Solat Fajar atau Solat Qabliyah Subuh atau Solat Sunat Subuh.
Ia dikerjakan selepas azan Subuh dan sebelum solat fardhu Subuh.
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Solat fajar 2 rakaat lebih baik dari dunia dan segala isinya.” (HR. Muslim)
Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dua rakaat solat fajar lebih aku cintai daripada dunia seluruhnya.” (HR. Muslim)
Dari Aisyah ra. bahawa beliau berkata, "Tiada solat sunat yang paling Rasulullah shallaAllahu `alaihi wa sallam menjaganya, melebihi dua rakaat solat fajar.” (HR. Muslim)
“Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membaca ketika solat fajar,
surah Al-Kafirun dan surah Al-Ikhlas.” (HR. Muslim)
Niat solat :
اُصَلِّى سُنَّةَ الفَجْرِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku solat sunat fajar dua raka`at kerana Allah Ta`ala
-- atau -- yang ini pun boleh --
اُصَلِّى سُنَّةَ الصُبْحِ رَكْعَتَيْنِ قَبْلِيَّةً ِللهِ تَعَالىَ
Sahaja aku solat sunat sebelum subuh dua raka`at kerana Allah Ta`ala
Wallahu a'lam.
Khusyuk dalam solat
*
Khusyuk bermaksud
menghadirkan hati ketika solat dengan rasa tunduk dan hina kepada Allah,
apabila hati seseorang itu khusyuk maka seluruh anggotanya akan turut
sama khusyuk, kerana setiap anggota mengikuti hati dan khusyuk itu
tempatnya di hati.
Jumhur ulama berpendapat khusyuk dalam solat hukumnya sunnat.
Bagi orang yang
tidak khusyuk dalam solatnya, tidaklah membuatkan solatnya batal.
Solatnya tetap sah cuma dia mendapat pahala yang kurang, tidak
sepenuhnya seperti orang yang khusyuk.
Berkaitan khusyuk dalam solat, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda,
"Sesungguhnya, seseorang mengerjakan solatnya dan tidak ditetapkan
pahala untuknya kecuali hanya sepersepuluh, sepersembilan,seperlapan,
seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah darinya." (HR.
Abu Dawud)
Dari Abu Hurairah r.a katanya Nabi shallaAllahu `alaihi wa sallam bersabda:
”Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut
sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila muazzin berhenti, ia pun
kembali. Begitu pula apabila iqamat dibacakan, ia pun lari. Dan apabila
iqamat telah selesai, dia datang kembali. Dia sentiasa menggoda orang
yang sedang solat, dengan berkata ”Ingatlah apa yang belum kamu ingat!”
Sehingga akhirnya orang itu lupa berapa rakaat dia telah solat.” (HR
Bukhari)
Wallahu